Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

‘Menjadi Calon Rakyat’ Moto...

SUNGAI BESAR - 'Menjadi Calon Rakyat' merupakan moto calon taruhan PAS bagi Pilihan...

Dua Cedera Bom Meletup...

BANGKOK - Dua orang cedera apabila sebuah bom kecil buatan sendiri meletup di...

Penyokong Mula Tunggu Kepulangan...

KOTA KINABALU - Ratusan penyokong Tan Sri Musa Aman sudah mula berkumpul di...

Perintah Gaji Minimum 1...

PUTRAJAYA - Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan...

JDT Akui Musim Depan Laluan Berliku

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui pasukan itu bakal berhadapan cabaran getir untuk mengekalkan kejuaraannya pada musim depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim berkata, banyak kelab serta persatuan lain kini turut berbelanja besar untuk memperhebatkan pasukan masing-masing.

“Musim 2016 pastinya merupakan musim yang lebih sukar dan mencabar berbanding sebelumnya kerana banyak kelab serta persatuan sudah mula dilihat berbelanja besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ismail bagaimanapun memberi jaminan kepada penyokong Harimau Selatan, PBNJ akan memastikan JDT tetap mampu bersaing bersama kelab-kelab dan persatuan bola sepak kaya walaupun ia tugas yang sukar.

Justeru, kata beliau, bajet PBNJ mesti diuruskan dengan berhemah bagi memastikan kelangsungan kelab tersebut terus berdaya saing.


Kata beliau, pasukan bola sepak kaya di Malaysia termasuk Pahang, Terengganu, Felda United dan Selangor.

“Pastikan anda sebagai penyokong turut kekal memberikan sokongan tidak berbelah bahagi,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori