Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

JAKIM Cadang Perluas Aplikasi...

SEREMBAN - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bercadang untuk memperluaskan penggunaan aplikasi Sistem...

Lulus Cuti Khas Pekerja...

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul...

20 Warga Bangladesh Cuba...

SHAH ALAM - Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 20 pendatang asing tanpa izin...

TMJ Kesal Kempen Media...

KUALA LUMPUR - Adakah Johor bukan sebahagian daripada Malaysia pada pandangan sebahagian ketua...

JDT Kuasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015

PETALING JAYA – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menguasai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2015 selepas berjaya menggondol lapan daripada 17 kategori yang ditawarkan, di sini Jumaat malam.

Kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim yang membantu JDT memenangi tiga gelaran musim ini – Piala Liga Super, Piala Sultan Ahmad Shah dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dipilih selaku Pemain Tengah Terbaik selain turut menjadi Pemain Paling Bernilai.

JDT yang dikenali sebagai skuad Harimau Selatan turut meraih kategori Jurulatih Terbaik menerusi Mario Gomez dari Argentina manakala pemain kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak dipilih sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Pasukan selatan tanah air itu turut menggondol kategori Penjaga Gol Terbaik menerusi penjaga gawang kebangsaan, Mohd Farizal Marlias yang menewaskan penyandang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid dari Pahang dan pemenang empat kali, Khairul Fahmi Che Mat dari Kelantan.

Penyerang JDT, Mohd Amri Yahyah yang juga pemain kebangsaan dipilih sebagai Penyerang Terbaik manakala pemain import JDT dari Argentina, Luciano Figueroa merangkul kategori Pemain Import Terbaik.

JDT turut menerima anugerah khas hasil kejayaan luar biasa kelab berkenaan yang menjadi wakil pertama Malaysia memenangi Piala AFC sejak ia dipertandingkan pada 2004.

Dalam pada itu, pemain naturalisasi dari Australia, Matthew Davies yang beraksi bersama Pahang, dipilih sebagai pemenang kategori Pemain Muda Terbaik, sekali gus mengenepikan pemenang tahun lalu, Muhammad Farhan Roslan dari Kedah.


Penyerang import pasukan Polis Diraja Malaysia, Dramane Traore dari Mali dan pemain import Negeri Sembilan, Francis Forkey Doe dari Liberia menerima Anugerah Kasut Emas (penjaring gol terbanyak) selepas masing-masing menjaringkan 20 dan 17 gol dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana, musim ini.

Naib juara Piala Malaysia, Kedah dipilih selaku Kelab Bola Sepak Terbaik manakala wakil Singapura, Lions XII yang muncul juara Piala FA dipilih menerima Anugerah Fair Play.

Pemain futsal kelab Felda United, Azrul Hadee Mohd Taufiq dipilih sebagai Pemain Futsal Lelaki Terbaik manakala Siti Asnidah Zamri dari Selangor dinobatkan Pemain Futsal Wanita Terbaik.

Senarai Pemenang:
—————–
Pemain Paling Bernilai: Safiq Rahim (JDT)
Jurulatih Terbaik: Mario Gomez (JDT)
Penyerang Terbaik: Mohd Amri Yahyah (JDT)
Pemain Tengah Terbaik: Safiq Rahim (JDT)
Penjaga Gol Terbaik: Mohd Farizal Marlias (JDT)
Pemain Asing Terbaik: Luciano Figueroa (JDT)
Pemain Muda Terbaik: Matthew Davies (Pahang)
Anugerah Fair Play: Lions XII (Singapura)
Kelab Penyokong Terbaik: Elephant Army (Pahang)
Kelab Bola Sepak Terbaik: Kedah
Pemain Wanita Terbaik: Nurul Azurin Mazlan (Sabah)
Pemain Futsal Lelaki Terbaik: Azrul Hadee Mohd Taufiq (Felda United)
Pemain Futsal Wanita Terbaik: Siti Asnidah Zamri (Selangor)
Anugerah Khas: JDT
Pemenang Kasut Emas Liga Super: Dramane Traore (PDRM) 20 gol
Pemenang Kasut Emas Liga Perdana: Francis Forkey Doe (Negeri Sembilan) 17 gol. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]imGfNIyLUUE[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori