Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Pelajar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan...

Seperti Ditendang Dari Bawah

“SEPANJANG hampir 100 tahun hidup, ini bencana alam terburuk pernah saya alami,” kata...

Royalti Bauksit Kurang RM18...

KUANTAN - Jumlah royalti daripada perlombongan bauksit yang diterima kerajaan negeri Pahang pada...

Scary.. ‘Kembar’ Dalam Perut...

SEORANG remaja di Uttar Pradesh, India, yang menderita sakit perut berpanjangan mengejutkan doktor...

JDT Masih Cari Pengganti Luciano Figuero

PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menilai beberapa calon penyerang import berpotensi untuk menggantikan Luciano Figueroa untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2016.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya berkata pihaknya sedang mencari calon yang mampu memberi persembahan terbaik seperti yang dipamerkan penyerang dari Argentina itu sehingga membantu pasukan berkenaan meraih pelbagai kejayaan, musim ini.

“(Rakan senegera Figueroa), Jorge Pereyra Diaz akan kembali beraksi bersama kita musim depan, namun pengurusan masih mempertimbangkan sama ada mahu meletakkannya beraksi dalam saingan Liga-M atau Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC),” katanya.

Mohd Fahmy berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2015 di sini, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan pengendali JDT, Mario Gomez dari Argentina telah menyenaraipendekkan enam calon pengganti Figueroa, 34, yang sudah mengumumkan persaraannya dan mereka terdiri daripada pemain yang beraksi dalam Liga Eropah, China dan Amerika Selatan.

Dalam pada itu, Mohd Fahmy menyifatkan kejayaan skuad Harimau Selatan membolot lapan daripada 17 kategori pada majlis berkenaan merupakan satu pengiktirafan di atas pelbagai kejayaan yang dikecapi musim ini.


Selain meraih Anugerah Khas menerusi kejayaan menjadi wakil Malaysia pertama menjulang Piala AFC sejak ia diperkenalkan pada 2004, pasukan selatan tanah air itu turut meraih tujuh kategori lain.

Kategori itu adalah Pemain Paling Bernilai dan Pemain Tengah Terbaik (Safiq Rahim), Jurulatih Terbaik (Mario Gomez), Pemain Pertahanan Terbaik (Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak), Penyerang Terbaik (Mohd Amri Yahyah), Penjaga Gol Terbaik (Mohd Farizal Marlias) dan Pemain Import Terbaik (Luciano Figueroa).

“Bagi saya, ia merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan semua bangsa Johor khususnya dan amnya di Malaysia. Dalam masa tiga tahun, JDT mampu membuka era baharu dalam bola sepak tanah air,” kata Mohd Fahmy.

Sepanjang musim ini, JDT telah meraih tiga trofi iaitu Piala Sultan Ahmad Shah, Piala Liga Super dan Piala AFC. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]gNH8kJ0-KhA[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori