Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Seorang Lelaki Patah Kaki,...

SEREMBAN - Seorang lelaki cedera apabila kereta yang dipandunya terbabas ke dalam gaung...

Pasangan Selamba Lakukan Aksi...

Massachusetts - Kalau dah tiada maruah dan perasaan malu, di mana-mana sahaja boleh...

Jangan Politik, Butar Belit...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) meminta pelbagai pihak agar tidak...

Status Daerah Kecil Pemangkin...

TUARAN - Penaiktarafan Kiulu sebagai daerah kecil menjadi pemangkin untuk memastikan kawasan itu...

Jenayah Rogol Lebih Bahaya Berbanding ISIS! – DAP

KUALA LUMPUR – Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong mendakwa ancaman rogol di Malaysia jauh lebih berbahaya berbanding ancaman kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Kata beliau, polis Malaysia sepatutnya lebih bimbangkan jenayah rogol daripada membimbangi ancaman ISIS ke atas negara ini.

“Statistik menunjukkan setiap 15 minit di Malaysia, seorang wanita menjadi mangsa rogol, setiap hari, 100 orang wanita dirogol dan separuh daripada mangsa tersebut ialah anak gadis di bawah umur 16 tahun.

“Dalam kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bimbang tentang ISIS dan terrorisme (keganasan), jelas bagi wanita di Malaysia, bahaya yang lebih besar dan lebih dekat adalah menjadi mangsa jenayah seksual,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Chee Keong turut menuduh kerajaan Malaysia lebih mementingkan undang-undang zalim seperti Akta Majlis Keselamatan Negara 2015 berbanding mengutamakan keselamatan kaum wanita negara ini.

“Pemberdayaan wanita tidak membawa apa-apa makna jika wanita hidup dalam ketakutan menjadi mangsa jenayah seksual,” dakwanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori