Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kes Video Tular Pelajar...

BELUM lagi reda kes membabitkan mangsa buli yang meninggal dunia baru-baru ini, timbul pula...

Rumah Panjang 11 Pintu...

MIRI – Sebuah rumah panjang 11 pintu di Kampung Long Palai, Baram yang...

Rousseff Kekal Presiden Brazil...

RIO DE JANEIRO - Presiden Dilma Rousseff berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua...

Sah RM642 Juta Daripada...

KUALA LUMPUR - Terdapat kemasukan dana sebanyak RM642 juta daripada Kementerian Kewangan Riyadh...

Jenazah Tunku Abdul Jalil Selamat Dimakamkan

JOHOR BAHRU – Jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, selamat dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, kira-kira jam 2.40 petang Ahad selepas diarak menggunakan pedati dari Istana Besar Johor Bahru.

Hujan renyai-renyai yang mengiringi istiadat pemakaman itu diteruskan dengan bacaan talkin yang disempurnakan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengiringi istiadat perarakan Pedati Diraja yang diarak dari Istana Besar Johor Bahru ke Makam Mahmoodiah sejauh tiga kilometer.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Sultan Ibrahim turut mengiringi jenazah Almarhum di atas pedati yang ditarik 10 askar Timbalan Setia Negeri (TSN).


Jenazah Almarhum ditempatkan di sebelah kanan makam nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ismail. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]VMO2klxWpKk[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori