Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

9 Muka Baharu Disenarai...

KUALA LUMPUR - Sembilan muka baharu antara 25 pemain yang disenaraikan ketua jurulatih...

R&D Lonjak Imej PolyCC...

SELARAS dengan peredaran zaman, penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada masakini bukan sahaja tertumpu...

FIFA Kutuk Komen Maradona

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengutuk komen yang dikeluarkan Diego Maradona selepas legenda bola...

Ops Tidak Puasa: “Insaflah…...

LELAKI berusia 70 tahun memberi alasan muntah pada sebelah pagi menyebabkan dia tidak...

Kes Bunuh Kerani Sekolah Agama: Jiran Didakwa Di Mahkamah

SEORANG pegawai kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar, pada Khamis atas tuduhan membunuh kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih, Bukit Pasir, di sini, bulan lalu.

Ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza, tertuduh yang dikenali sebagai  Zurailie Muhamad, 30, hanya meggangguk faham dan tidak pengakuan direkodkan.

Menurut kertas pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di rumah di Taman Setia Kasih,Sungai Terap, Muar, antara 2.05 hingga 2.30 petang, 16 November lalu.

Tertuduh yang merupakan jiran mangsa didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes ini dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya A Shaarmini manakala Zurailie tidak diwakili peguam.


Mohd Syafiq kemudian menetapkan 5 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan mempunyai dua anak, ditahan reman selama tujuh hari selepas didapati memberikan kenyataan bercanggah dengan kenyataan awal. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=zl5BZSYN3IE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori