Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Makan Laju Risiko Sakit...

ISLAMABAD - Cara seseorang itu makan, laju atau perlahan, boleh menentukan sama ada...

Graduan Cacat Terima Anugerah...

SINTOK – Cacat penglihatan dan pernah tercicir dari sekolah rendah tidak menghalang seorang...

Coronavirus: Udara Dalam Pesawat...

KUALA LUMPUR - Sistem pengudaraan yang baik dalam pesawat menyebabkan risiko jangkitan novel...

Polis Buru Individu Panah...

LANGKAWI – Polis sedang memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan...

Johor Berkabung 3 Hari, Kibar Bendera Separuh Tiang

SUSULAN kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Ismail, kesemua bendera dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bagi menghormati pemergian putera raja berjiwa rakyat itu.

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, tempoh perkabungan bagi orang awam adalah selama tiga hari manakala tujuh hari pula ditetapkan bagi kerabat diraja.

“Kesemua bendera di negeri Johor akan dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula esok. Tempoh perkabungan adalah selama tujuh hari untuk kerabat diraja dan tiga hari untuk orang awam,” kata beliau.

flag half

Almarhum disemadikan di sebelah kanan makam nendanya, Almarhum Sultan Islandar Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Januari 2010, atas pemintaan Tunku Abdul Jalil sebelum ini.


Tunku Abdul Jalil, anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofia mangkat pada jam 7.11 petang Sabtu di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Almarhum yang dilahirkan pada 1990 lalu dilaporkan telah lebih setahun menderita penyakit kanser hati dan pernah menerima rawatan di luar negara. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori