Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Captain America Bocor Rahsia...

Pastinya, rata-rata peminat berpuas hati dengan sambungan terbaru filem gabungan beberapa adiwira iaitu...

Mahkamah Tolak Duit RM114...

Dari Facebook Najib Razak"HAKIM Muhammad Jamil Hussin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal...

Perbahasan RUU 355 Ditangguh,...

KUALA LUMPUR - PAS hairan mengapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Parti Pribumi...

Saat Bersejarah, Muntah Selepas...

LELAKI ini mahu melamar kekasihnya dan bagi tujuan itu, dia telah menyewa sebuah...

Juara Parodi Minggu Ini Dibatalkan, Ganti Tribute Buat Yus

PEMERGIAN mengejut pelawak Yus Jambu pastinya meninggalkan kesan mendalam buat rakan artis yang mengenali rapat Allahyarham.

Seperti yang kita tahu, Yus terlibat dengan program Juara Parodi yang baharu sahaja memasuki minggu ketiga pertandingan.

Namun, Allah lebih menyayanginya dan sehingga kini tidak diketahui perancangan terbaharu kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai arwah dan Tauke, serta bergandingan dengan penyanyi Misha Omar.

Bagi menghormati pemergian Yus, pengasas Juara Parodi, Afdlin Shauki menyatakan minggu ini program tersebut akan dihentikan seketika dan digantikan satu rancangan tribute khas buat Yus.

Program tribute itu akan berkongsikan kisah rakan-rakan seangkatan, nyanyian lagu ketuhanan, bacaan puisi, sajak dan tazkirah.


parodi

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Yus atau nama sebenarnya, Yussry Edoo. Semoga arwah ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman. Amin. – MYNEWSHUB.CC

Maharaja Lawak Mega 2013

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori