Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Keputusan Rayuan BPR Pada...

BERA - Kerajaan akan mengumumkan keputusan rayuan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) pada penghujung...

KKM Akui Kewujudan Kluster...

KUALA LUMPUR - Setelah beberapa hari menjadi topik hangat di media sosial, Kementerian...

Semua Pusat Pemindahan Banjir...

BALING - Semua enam pusat pemindahan mangsa banjir telah ditutup dan 109 mangsa...

Burung Gagak Larikan Pisau,...

SATU kekecohan berlaku apabila seekor burung gagak dilaporkan tiba-tiba muncul di sebuah kawasan jenayah...

Jumlah Mangsa Dipindahkan Meningkat 1,704 Di Terengganu

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat pagi ini kepada 1,704 orang daripada 503 keluarga berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

Menurut Sekreteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN), sebanyak 31 pusat pemindahan dibuka di beberapa dearah sekitar Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Kemaman mencatatkan jumlah mangsa terbanyak iaitu 991 orang (daripada 243 keluarga), diikuti Hulu Terengganu 474 orang (194 keluarga), Dungun 231 orang (64 keluarga) dan Marang sebanyak lapan mangsa (dua keluarga).

Pusat pemindahan yang dibuka sejak dua hari lepas bertambah dengan Kemaman kini sebanyak 15 pusat, Hulu Terengganu (11 pusat), Dungun (empat pusat dan Marang sebuah pusat.

Cuaca pagi ini dilaporkan cerah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori