IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak kekal seramai 38 orang daripada sembilan keluarga setakat pukul 6 petang ini, kata Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Kolonel (PA) Mohd Noor Hassan Ashari.
Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Padang Serai, Batu Hampar, Beruas itu masih ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat Radhuaniah.
“Mangsa terdiri daripada sembilan lelaki dewasa, 12 perempuan dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan 10 kanak-kanak perempuan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Paras air di kawasan yang dilanda banjir itu setinggi 0.1 hingga 0.2 meter. – BERNAMA
[wpdevart_youtube]3qWjh-yU5Yo[/wpdevart_youtube]