Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Minuman Starbucks Disahkan Halal,...

PETALING JAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman Starbucks...

Indonesia Kerah Kapal Perang,...

JAKARTA - Indonesia telah menghantar jet pejuang dan kapal perang ke pulau rondaan...

PRIHATIN Berita Gembira Ditunggu-Tunggu...

BUKIT MERTAJAM - Pandemik COVID-19 sangat memberi kesan kepada peniaga dan penjaja kecil yang...

Sombong ‘Tahap Dewa’? Ismail...

PENYANYI Ismail Izzani memberitahu dia lebih mengenali dirinya dan tidak akan bersikap sombong...

Jurukimpal Dipenjara 3 Tahun, Denda RM3,000 Lindungi Pati

KOTA BAHARU – Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini kerana melindungi dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar pada Oktober lepas.

Hakim Ahmad Bache menjatuhkan hukuman itu terhadap Abdul Razak Harun, 37, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 26H Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Abdul Razak didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah kosong di Kampung Tasik Bakong, Bukit Tandak, Rantau Panjang, Pasir Mas antara 6 petang dan 6.30 petang pada 11 Okt lepas.

Ahmad mengarahkan hukuman terhadap tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap pada 11 Okt lepas.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ainul Wardah Shahidan meminta hukuman berat dijatuhkan terhadap tertuduh memandangkan ia kesalahan serius yang melibatkan keselamatan negara dan sering berlaku di negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand.

Bagaimanapun, peguambela tertuduh Mohd Ridzuan Muhamad berkata ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, selain dia hanya diupah untuk mengambil dua PATI berkenaan daripada seorang individu dikenali sebagai Lan Komeng.

Dalam penghakimannya, Ahmad berkata hukuman itu dijatuhkan terhadap tertuduh selepas mengambil kira keadaan keluarganya yang mempunyai seorang isteri tidak bekerja dan perlu menanggung lima anak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori