SEORANG jururawat sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur telah ditamatkan perkhidmatannya hanya kerana dia menutup aurat sewaktu menjalankan tugasnya.
Menurut laporan stesen Astro Awani, Nazirah Sauni Samat, 24, mengakui dia memahami serta akur dengan syarat-syarat pakaian seragam hospital berkenaan.
Dia juga sudah menetapkan tidak akan menerima tawaran pekerjaan dari hospital tersebut sekiranya dia dikehendaki mengikut syarat yang digariskan.
Isu terjadi apabila genap dua bulan bekerja di situ, dia telah disuruh untuk memotong bahagian lengan bajunya yang panjang menjadi pendek.
Dek tertekan teruk dengan permintaan tersebut, Nazirah mendakwa dia dilanda masalah tekanan, namun nekad untuk kembali bekerja setelah memotong lengan bajunya.
Jururawat ini yang mengenakan stoking tangan berwarna kulit turut telah diminta untuk tidak datang bekerja selagi dirinya belum bersedia untuk memenuhi segala syarat ditetapkan.
Baca: Jadi Sensasi Internet, Wanita Digelar Jururawat Paling Seksi
Juga: Jururawat ‘Nakal’ Jadi Model Promosi Kondom
Malangnya, tidak lama selepas itu, dia diberitahu yang dirinya sudah diberhentikan kerja atas alasan konon tidak menyatakan sebab tidak dapat hadir bertugas.
Nazirah mendapatkan khidmat nasihat dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan seterusnya telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati pada 24 November.
“Saya telah dimarahi dan dihalau dari hospital berkenaan, malah saya tidak boleh mendapat pekerjaan baharu kerana Sijil Perakuan Amalan Tahunan saya ditahan oleh pihak hospital itu.
Dakwanya lagi, dia turut dilarang memasuki kawasan hospital dan tidak dibenarkan melakukan sebarang tugas sekiranya tidak mengenakan baju berlengan pendek.
“Pihak pengurusan juga memberikan amaran bahawa saya akan dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 kerana melanggar kontrak,” katanya yang terikat dengan kontrak selama setahun.
Gadis berkelulusan Diploma Kejururawatan itu sebelum ini bertugas di sebuah klinik sebelum di hospital swasta berkenaan pada 1 September lepas, sekembalinya dari Jepun sebagai jururawat peribadi selama setahun empat bulan. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=EdyS1JVV3Fg&w=420&h=315]