PANAS dan sensasi, adakah Justin Bieber dan Kourtney Kardashian dikatakan sedang hangat bercinta? Apakah benar penyanyi pujaan ramai ini memilih wanita yang jauh lebih tua daripadanya?
Terbaharu, penyanyi sensasi ini dilaporkan telah mewar-warkan berita mengenai kisah percintaannya dengan Kourtney Kardashian, 36; kepada rakan-rakannya.
Sebelum ini, Bieber menjalinkan hubungan percintaan bersama penyanyi sensasi, Selena Gomez, 23; namun hubungan mereka itu tidak pula berjalan dengan baik.
Bieber, 21; sebelum ini dilaporkan sering kali dilihat keluar berhibur bersama dengan janda anak tiga itu.
Kourtney yang juga kakak kepada Kim Kardashian merupakan bekas kekasih kepada Scott Disick yang juga terlibat dalam siri realiti Keeping up With The Kardashians. Mereka disahkan berpisah pada Julai lepas.
Dalam pada sama yang sama, bekas suami Kourtney, Scott, 32; kini telah mengeluarkan amaran keras kepada Bieber agar menjauhkan diri daripada anak-anaknya iaitu Mason, 5; Penelope, 4; dan Reign, 1.
Scott menyatakan yang dia tidak sama sekali merasa dengki dengan hubungan bekas isterinya itu.
Sebaliknya berasa malu dengan Kourtney yang dianggapnya telah memalukan diri sendiri dengan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki yang jauh lebih muda.
Semoga hubungan Justin Bieber dan Kourtney Kardashian berkekalan selamanya. – Sumber: Hollywood Life
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=ibf1eGx6AY8]
Adoiii. Scott n kourtney tak pernah kawinn ok. Pls get your facts right admin b4 u publish it.