Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kaedah Taktikal Dan Psikologi...

KUALA LUMPUR - Kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) merampas Tanah Melayu dengan gerakan...

Berbuka Di Luar, Bukan...

KUALA LUMPUR - Ramadan tiba lagi. Mengimbau saat menyambut bulan penuh mulia ini pada...

Polis Rampas Pelbagai Dadah...

JOHOR BAHRU - Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM76,200 selepas...

Wajarkah Kit Siang Diberi...

Kita tidak pasti mengapa Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim mengesyorkan Malaysia...

Jutawan India Berhabis RM90 Juta Untuk Majlis Kahwin Anak

KAGUM dan terkesima, semestinya itulah reaksi kita apabila mendengar RM90 juta dihabiskan hanya untuk sebuah majlis perkahwinan. Namun itulah realiti cara berbelanja seorang jutawan dari India.

Yogesh Mehta, jutawan yang menubuhkan Petrochem di Dubai, membelanjakan sejumlah wang berkenaan bagi meraikan majlis perkahwinan anak lelaki tunggalnya, Rohan Mehta dengan pilihan hatinya, Roshni di Florence, Itali.

Majlis gilang gemilang itu dihadiri para tetamu jemputan dari seluruh dunia yang turut diberikan penginapan di beberapa hotel terbaik di bandar raya berkenaan.

Sebelumnya, majlis mewah ini menimbulkan isu apabila permintaan pengantin lelaki untuk menaiki gajah ditolak oleh pihak berkuasa Florence atas alasan khuatir akan keselamatan dan kesihatan haiwan tersebut.

Biarpun hajat untuk menaiki gajah tidak kesampaian, majlis perkahwinan berkenaan tetap diwarnai elemen tradisi India, antaranya apabila pasangan pengantin tiba sambil menari di dataran All Saints.


Yogesh Mehta dilaporkan memiliki nilai kekayaan berjumlah sekitar AS$623 juta (RM2.7 bilion). – MYNEWSHUBCC

Oleh: SyafikJalil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori