Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Rampasan Wang RM38 Juta,...

SHAH ALAM - Terdapat beberapa individu berprofil tinggi dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kelantan Tunggu Pewartaan Fatwa...

KOTA BAHARU - Kerajaan Kelantan menunggu pewartaan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan...

Bas Ulang-Alik Percuma Di...

PULAU PINANG - Kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini melancarkan perkhidmatan bas ulang-alik...

Bubur Lambuk Air Tangan...

KUALA LUMPUR - Kelincahan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah 'beraksi' memasak...

Keselamatan Di Kawasan Air Terjun Diberi Perhatian

PUTRAJAYA – Kabinet hari ini mahu keselamatan di kawasan rekreasi terutama yang mempunyai air terjun diberi perhatian serius bagi mengelak kejadian tidak diingini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata jemaah menteri memberi perhatian terhadap isu keselamatan di kawasan rekreasi susulan tragedi meragut nyawa lima sekeluarga di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

“Perlu letak amaran (di kawasan air terjun)…’di sini air deras’ atau pastikan pengunjung tidak pergi ke tempat lebih dalam,” katanya kepada pemberita pada sesi kupasan pencapaian kementerian dan agensi sepanjang 2015 di sini hari ini.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, Rohani turut mengingatkan semua pihak agar mengambil iktibar daripada kejadian menyayat hati itu dan memastikan ciri keselamatan di kawasan tumpuan ramai dipertingkatkan.


Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, pemilik syarikat kejuruteraan, Mohd Halim Samian, 44, isterinya Nurul Adilah@Salaiwati Awang, 39, serta tiga anaknya Nurul Arifah, 16, Nurul Hidayah Aina, 11, serta Nurul Izah, 10, meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di Air Terjun Belukar Bukit.

Hanya seorang anggota keluarga berkenaan yang tinggal di Puncak Alam, Selangor selamat iaitu Mohd Hasif berusia sembilan tahun. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hHApjq649n4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori