Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kim Swee Panggil Pemain...

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee akan...

Penjawat Awam N.Sembilan Dapat...

SEREMBAN - Kesemua 6,495 penjawat awam di negeri ini akan menerima sagu hati...

Syarat Pendatang Tanpa Izin...

PUTRAJAYA : Pendatang tanpa izin yang diberikan pelekat Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)...

Tiada Unsur Khianat Insiden...

KUALA LUMPUR - Tiada unsur khianat ataupun sabotaj dalam insiden kebakaran lokomotif tren...

Kastam Patahkan Cubaan Warga India Seludup Dadah RM1.1j Di KLIA

SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mematahkan cubaan seorang warga India menyeludup dadah seberat 5.8 kg bernilai RM1.1 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Ketua Pengarah KDRM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata lelaki berusia 39 tahun itu diberkas pada 7.40 malam sebaik mendarat di KLIA dari Bengaluru, India bersama bagasinya.

“Pemeriksaan bagasinya ditemui dadah jenis methamphetamine yang diletakkan dalam bungkusan tembakau yang bertujuan untuk mengaburi pihak kastam,” katanya pada Majlis Mesra Ketua Pengarah Kastam bersama Media 2015 di sini hari ini.

Suspek yang dipercayai telah memasuki negara ini sebanyak dua kali, kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 309 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau juga memaklumkan mengenai kejayan KDRM menumpaskan penyeludupan pelbagai jenis barangan bernilai RM286 juta melibatkan cukai berjumlah RM415 juta dari Januari hingga November lalu.

“Rampasan melibatkan berbagai komoditi termasuk lima komoditi utama iaitu kenderaan, rokok, dadah, minuman keras dan beras.

“Semua komoditi ini telah menyumbang nilai rampasan sebanyak RM147 juta atau 52 peratus dari nilai rampasan keseluruhan dengan perolehan 4,730 kes,” kata Khazali.


Beliau berkata 1,813 unit kenderaan bernilai RM51.38 juta dirampas sepanjang tempoh itu melibatkan cukai RM60.45 juta dan rokok berjumlah 543 juta batang bernilai RM43 juta melibatkan cukai sebanyak RM280.4 juta.

Turut dirampas ialah 1.6 juta liter pelbagai jenis minuman keras bernilai RM12.9 juta membabitkan cukai RM37.5 juta selain 2,290 tan beras bernilai RM5.23 melibatkan cukai RM1.87 juta.

KDRM juga berjaya merampas 188 kilogram dadah bernilai RM34.182 juta dalam tempoh sama, katanya.

Khazali turut mengumumkan pembentukan pasukan tindakan khas yang akan membantu tindakan penguatkuasaan kastam apabila diperlukan.

“Setiap pasukan mempunyai enam anggota dan setiap negeri akan mempunyai dua buah pasukan,” katanya sambil menambah nama pasukan itu akan diumumkan dalam masa terdekat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori