Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mustapa Nafi Pertemuan Sulit...

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan...

Dipenjara 80 Tahun &...

KUALA LUMPUR - Seorang gelandangan berusia 38 tahun dipenjara 80 tahun dan 110...

Penonton MotoGP Diminta Patuhi...

SEPANG – Polis meminta peminat yang hadir ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bagi...

Pemimpin PH Dulu Bising,...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pemimpin-pemimpin...

Kaum Bidayuh Diperuntukkan Dua Kerusi Dun Baharu

SERIAN – Masyarakat Bidayuh di Sarawak diperuntukkan dua kerusi baharu dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), di samping enam kerusi yang sedia ada sebagai menghargai sokongan kuat masyarakat itu kepada Barisan Nasional (BN) selama ini.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata dua kerusi baharu itu ialah Bukit Semuja dan Serumbu, manakala enam kerusi sedia ada ialah Bengoh, Tarat, Tebedu, Kedup, Tasik Biru dan Opar.

Berucap pada majlis penyerahan Warta Rizab Gunasama Bumiputera dan Penyampaian Sijil Surat Hakmilik Kampung Tradisi kepada lebih 500 penerima di sini hari ini, beliau sehubungan itu menyeru kaum Bidayuh agar terus memberi sokongan penuh kepada BN pada pilihan raya negeri akan datang.

Warta Rizab Gunasama Bumiputera diberi mengikut Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri Sarawak di bawah inisiatif baharu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) manakala Surat Hak Milik Kampung Tradisi pula mengikut Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri Sarawak.

Mengenai pemberian surat hak milik tanah, Adenan berkata ia membuktikan kerajaan tidak berbohong kepada rakyat dan tidak ada sebarang niat untuk merampas tanah rakyat.

“Pembangkang sahaja yang membuat propaganda semata-mata mahu buruk-burukkan kerajaan, tetapi hari ini kita tunaikan janji kita kepada rakyat,” katanya.


Adenan berkata Jabatan Tanah dan Survei akan meneruskan inisiatif menyukat tanah NCR dan memberi surat hak miliknya.

“Dengan adanya surat hak milik tanah, anda dilindungi di bawah undang-undang dan tidak ada orang berhak untuk merampas hak anda,” jelasnya.

Menyentuh tentang pembangunan dan kemudahan untuk rakyat, Adenan berkata beliau berjaya menyelesaikan 50 perkara yang memberi kesenangan dan keselesaan kepada seluruh rakyat Sarawak sejak menjadi ketua menteri berkuat kuasa 28 Feb tahun lalu.

Kata Adenan, beliau juga berjaya mendapatkan peruntukan tambahan RM1 bilion, iaitu RM500 juta tahun ini dan RM500 juta bagi tahun depan untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan, khususnya di luar bandar dalam usaha mengurangkan jurang kemiskinan antara bandar dan luar bandar.

Selain itu, katanya, beliau juga berjaya mengusahakan agar Petronas meluluskan peruntukan tambahan RM500 juta sebagai tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan kepada penduduk Sarawak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori