Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

GB4B Desak Nobel Keamanan...

GERAKAN Belia 4B Malaysia (GB4B) mendesak hadiah Nobel Keamanan yang diberikan kepada pemimpin...

Gempa Sabah: 3 Cedera,...

SERAMAI 29 pendaki selamat dibawa turun dari Gunung Kinabalu namun tiga daripada mereka...

Najib Fail Saman Terhadap...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Najib Razak memfailkan saman terhadap AmBank dan...

Tiada Pencemaran Air Kumbahan...

LUMUT - Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia yang dilanda...

Kebolehpasaran Pelatih Giat Mara Capai 84 Peratus

KUALA LUMPUR – Kebolehpasaran pelatih Giat MARA dalam pasaran kerja kini mencapai tahap 84 peratus, kata Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata sasaran 100 peratus kebolehpasaran pelatih dijangka dapat dicapai tidak lama lagi melalui pelbagai program dan latihan yang dilaksanakan ketika ini.

“Peruntukan sebanyak RM3.4 juta yang diterima kementerian sebelum ini akan digunakan untuk proses pemerkasaan Giat MARA dan melahirkan pelatih yang mampu bersaing di pasaran kerja terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Negara ketika menjawab soalan tambahan Senator Mohd Salim Sharif yang ingin tahu kebolehpasaran kerja berimpak tinggi yang dihasilkan Giat MARA dalam mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Ahmad Jazlan berkata usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan bukan hanya melibatkan institusi latihan Giat MARA, malah ia menuntut penyertaan agensi dan kementerian lain seperti Kementerian Belia dan Sukan.


Menjawab soalan asal Senator Shahanim Mohamad Yusoff, Ahmad Jazlan berkata bagi memperkasakan Giat MARA, beberapa tindakan strategik dirancang dan laksana antaranya peningkatan tahap persijilan.

Beliau seterusnya berkata Giat MARA ketika ini menawarkan 39 kursus di bawah 12 kluster antaranya mekanikal, seni bina pembuatan, percetakan, elektrik , fabrik dan kulinari di 231 Pusat Giat MARA di seluruh negara.

Kira-kira 20,000 peserta terlatih dilahirkan setiap tahun.

Beliau berkata Giat MARA juga berusaha mewujudkan bidang baharu yang dilihat diperlukan dalam pasaran kerja. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MARA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori