Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Juara Dunia 800...

STELLENBOSCH (Afrika Selatan) - Pegawai kerajaan Afrika Selatan berkata bekas pelari juara dunia...

Jawatankuasa Fatwa Kedah Putuskan...

ALOR SETAR - Jawatankuasa Fatwa Kedah hari ini memutuskan permainan Pokemon Go adalah...

OIC: PM Seru Myanmar...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru pemerintah Myanmar agar...

Apeh Jamal Selamat Dikebumikan

IPOH – Pelumba drag, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin yang meninggal dunia sewaktu menyertai...

Kedai Lampu 2 Tingkat Musnah Dalam Kebakaran Di Sandakan

SANDAKAN – Sebuah kedai lampu dan peralatan elektrik dua tingkat musnah dalam kebakaran di Bandar Tyng Batu 6 dekat sini, hari ini.

Api bagaimanapun dapat dikawal anggota bomba daripada merebak ke premis dan bangunan kedai bersebelahan yang turut menempatkan pejabat Bernama.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Haikal Jammy Ngali Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.57 pagi dan menghantar dua jentera bersama 15 anggota.

Katanya api dapat dikawal daripada merebak ke bangunan bersebelahan sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 6.37 pagi.

Kebakaran memusnahkan keseluruhan kedai tersebut termasuk semua peralatan lampu dan elektrik yang dijual di situ, katanya.

Haikal berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Sementara itu, isteri pemilik kedai berkenaan yang enggan namanya disiarkan berkata kedai tersebut dibuka semalam sebelum ditutup pada pukul 3 petang.

Katanya kebakaran itu menyebabkan kerugian besar kerana kedai berkenaan turut menempatkan stok barangan elektrik selain lampu dan peralatan elektrik yang dijual di situ.

Menurutnya mereka dijangka mengambil masa lebih enam bulan untuk beroperasi semula. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]N45_uaYFeeI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori