Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kertas Siasatan Kes Peniaga...

KUALA TERENGGANU: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes seorang peniaga lelaki mengibarkan bendera...

Plus, TnG Diarah Perinci...

KUALA TERENGGANU – Penilaian akan dilakukan terhadap caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi...

Insiden Gunting Tertusuk Kening...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan menyeluruh mengenai insiden kening mata...

Pemberontak Lancar Peluru Berpandu...

RIYADH - Pakatan tentera diketuai Arab Saudi mengesan sebuah peluru berpandu yang menyasarkan...

Kedutaan Malaysia Hantar Pegawai Bantu Mangsa Kemalangan Chiang Mai

KUALA LUMPUR – Beberapa pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand telah berada di Daerah Doi Saket, Wilayah Chiang Mai bagi membantu rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden kemalangan di situ.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, mereka akan memberi perkhidmatan konsular kepada mangsa nahas serta ahli keluarga yang terlibat dengan kemalangan tragis itu.

“Kementerian Luar akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan Malaysia, pihak berkuasa Thailand dan agensi pelancongan dalam mengenal pasti dan urusan membawa pulang jenazah serta mangsa yang terlibat ke Malaysia,” kata kenyataan itu hari ini.

Media semalam melaporkan seramai 13 pelancong rakyat Malaysia disahkan terkorban dalam kemalangan di Chiang Mai.

Kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam waktu tempatan di Daerah Doi Saket, Wilayah Chiang Mai.

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Chiang Rai- Chiang Mai apabila bas yang dinaiki pelancong itu terbabas disebabkan kecuaian pemandu.

Kementerian Luar dalam pada itu mengesahkan seramai 13 rakyat Malaysia terkorban, empat cedera parah dan lima mengalami kecederaan ringan dalam kejadian itu.


“Kementerian Luar telah membuka Bilik Gerakannya di Putrajaya di talian 03-8887 4570,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]qaEfceGPIko[/wpdevart_youtube]

 

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori