Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Hanya Sebab Perkataan ‘Awak’,...

"Kalau boleh, jangan guna perkataan "awak" bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye,...

2 Bekas ADUN DAP...

IPOH - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mengesahkan dua lagi Ahli Dewan...

KPM Tingkat Aktiviti Murid,...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dengan kerjasama semua agensi kerajaan dan badan...

Cuti Bersalin 90 Hari...

KUALA LUMPUR - Berita gembira buat golongan wanita apabila tempoh cuti bersalin dipanjangkan...

Kejujuran Itu Penting – Ramli MS Kongsi Tips Hubungan

Penerbit dan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS menyifatkan kejujuran itu penting dalam menjalinkan sesebuah hubungan.

Suami kepada penyanyi Datin Alyah ini berkata demikian ketika ditanya tentang tips hubungan menerusi rancangan Hlive terbitan Astro Ria.

alyah 2 Alyah-Minta-Maaf-Pada-Semua-Kerana-Tidak-Kawan-Emosi-ROTIKAYA

Menurut karyawan seni ini, dia percaya kejujuran akan dapat membantu apabila ditimpa dengan masalah dalam kehidupan.

“Dalam apa sahaja hubungan, sama ada hubungan dengan kawan, suami isteri, adik beradik dan sebagainya, harus jujur kepada diri sendiri.

“Perkara yang paling terbaik adalah untuk percaya dan ikhlas dengan diri sendiri. Bila kita jujur dengan diri sendiri, kita juga akan turut bersikap jujur dengan orang lain.

“Saya percaya yang apabila kita jujur, perkara tersebut yang melindungi diri kita. Bila ditimpa sesuatu perkara, perkara itu juga yang bakal menolong kita untuk melalui masalah. Semuanya adalah kerana kejujuran,” kata Ramli.


Dalam pada itu, pengkritik tetap Gegar Vaganza 2 ini turut berkongsi pengalamannya selaku suami yang lebih berusia daripada isterinya.

“Bukan usia yang menjadi sebuah faktor yang susah dalam hal ini. Yang muda itu lebih bertuah kerana yang berusia ini akan lebih cool.

“Tanggungjawab orang berusia juga lebih baik dan banyak kerana mereka pernah melalui pelbagai perkara terlebih dahulu berbanding orang muda,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=YBYfTiEOceo]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori