Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LHDN: Baucar Ganti Cek

KUALA LUMPUR - Baucar akan diberikan kepada pembayar cukai individu yang enggan mendedahkan...

Pengurus Besar, Isteri Direman...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah daripada Mahkamah...

“Tak Sabar Tunggu PRU-15”...

LANGKAWI - Kira-kira seminggu lagi, Pakatan Harapan (PH) bakal menyambut ulang tahun pertamanya...

Umat Islam Jangan Terperangkap...

SANDAKAN - Umat Islam di Malaysia hari ini diingatkan supaya berwaspa dan jangan...

Kekosongan Jawatan Guru SJKC Diisi 1 Jan 2016 – Chong

PUTRAJAYA – Mulai 1 Jan depan, kesemua 1,642 kekosongan jawatan guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara akan diisi oleh 1,673 graduan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin Woon.

Lebihan 31 guru, yang merupakan anak Sarawak, akan dihantar ke negeri berkenaan untuk berkhidmat di sekolah kebangsaan (SK), sementara menunggu kekosongan di SJKC, katanya.

“Langkah ini bertepatan dengan dasar guru-guru dari Sabah dan Sarawak berkhidmat di negeri masing-masing.

“Terdapat kekurangan 60 guru di SK, maka pengisiannya adalah 31 dari SJKC dan 29 dari SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa khas menangani isu kekurangan guru di SJKC di Kementerian Pendidikan, di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).


Chong berkata walaupun usaha dilakukan untuk mengisi semua kekosongan pada Januari 2016, berdasarkan jadual, kekosongan jawatan guru SJKC akan berlaku akhir tahun depan, ekoran terdapat guru yang bersara wajib dan bersara pilihan.

“Mengikut angka yang ada, pada akhir 2016, jumlah mereka yang bersara adalah seramai 780 orang,” katanya sambil menambah mesyuarat hari ini turut membincangkan pengambilan guru interim untuk mengisi kekosongan disebabkan persaraan.

Perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat peringkat kementerian untuk perincian pelaksanaannya, kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori