Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Keadaan Nur Rozi Bertambah...

KUALA LUMPUR - Pelumba pelapis berbasikal lebuh raya negara, Nur Rozi Yanti Mat...

Lelaki Myanmar Dipenjara 10...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur warga Myanmar hari ini dijatuhi hukuman penjara 10...

Majlis Presiden PH Tak...

SHAH ALAM - Tiada rombakan Kabinet dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)...

SPRM Sangkal Dakwaan Terima...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan kononnya suruhanjaya itu...

Kelindan Lori Didakwa Rompak Juruwang

KUALA LUMPUR – Seorang kelindan lori didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merompak wang tunai lebih RM20,000 daripada dua juruwang sebuah kedai penjagaan peribadi dan kesihatan, Ogos lepas.

Rashid Hamid, 31, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan selepas ianya dibacakan di hadapan Hakim Shamsudin Abdullah.

Tertuduh bersama-sama seorang individu yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan dengan bersenjatakan pisau terhadap M. Ambiga, 56, juruwang Kedai Guardian.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No 37, GF, Guardian, Jalan 1/27B Desa Setapak, Seksyen 2, Wangsa Maju di sini pada pukul 3.30 petang, 7 Ogos 2015.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau terhadap Siti Nakiah Ismail, 26, juga juruwang di kedai sama, pada pukul 1.30 tengah hari, 30 Ogos lepas.


Bagi kedua-dua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap bapa kepada empat orang anak itu kerana kesalahan yang dilakukan tidak boleh dijamin.

Shamsudin tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori