Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Malaysia Adakan Majlis Peringati...

SEPANG - Malaysia mengadakan majlis memperingati ulang tahun pertama tragedi pesawat Malaysia Airlines...

Pengundi Tak Akan Tertipu...

MELAKA – Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicalonkan...

Dirogol Bergilir-Gilir, Dipukul Sebelum...

KAJANG - Akibat terlalu percayakan teman lelaki, seorang pelajar tingkatan empat di sebuah...

Kementerian Pertahanan Cadang Perkenal...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan bercadang melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)...

Kelopak Mata Budak 5 Tahun Tersangkut Di Pagar Karat

NGERI… Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan sakit hampir sejam lamanya apabila kelopak mata kanannya tersusuk dan tersangkut pada dawai besi pagar rumah kediamannya di Ipoh, Perak pada Rabu.

Semasa kejadian pukul 6.30 petang itu, Wan NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai berkarat itu untuk ambil selipar adiknya yang tercampak di luar pagar rumahnya di Taman Bahagia, Tanjung Rambutan.

Namun, malang tidak berbau apabila dawai besi tersebut tiba-tiba tertusuk pada mata kanan mangsa yang berusia 5 tahun; sehingga menjadi bengkak dan berdarah.

Menurut neneknya, Raja Khatijah Raja Tan, 59 , ketika kejadian dia bersama seorang lagi cucu berusia tiga tahun dan dua anak jiran yang diasuh sedang berada di ruang tamu.

Dia kemudian terkejut apabila mendengar jeritan dan tangisan Wan NurQaleesya di belakang rumah.


“Kebiasaannya saya akan menyuruh cucu berhenti bermain dan masuk ke rumah apabila lewat petang, tapi kali ini dia (Wan NurQaleesya) terlalu seronok bermain di luar dan saya membiarkan dulu.

“Tetapi, apabila mendengar suaranya menangis teresak-esak di belakang rumah, saya terus ke situ dan terkejut melihat besi sudah tercucuk ke matanya dan darah mengalir dengan banyak di pipinya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=DperzLB1Ltg]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori