Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Perak dan Kelantan beransur reda dengan...

Angin Kencang Dan Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di...

MAS Jamin Keluarga MH370...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) tetap komited bagi memastikan pembayaran ganti rugi...

Salut! Fan Arsenal Popularkan...

Bagi peminat bola sepak liga Inggeris yang memilih Arsenal sebagai pasukan pilihan, mereka...

Kembar Parasit Melekat Pada Badan Bayi

SEORANG bayi dilahirkan dengan kembar parasit yang melekat di badannya dalam kes yang disifatkan sebagai jarang ditemui di India.

Kembar parasit itu tidak mempunyai kepala, hanya tangan dan kaki dan alat sulit yang melekat di badan bayi berkenaan.

Bayi lelaki yang belum dinamakan itu dilahirkan secara normal oleh Laxshmi, 24, yang menetap di kampung Perugopannapalli di Tamil Nadu, India.

Doktor kini merancang untuk melakukan pembedahan bagi membuang kembar parasit itu secepat mungkin dan mereka juga yakin bayi itu akan dapat membesar dengan sihat selepas ini.

Ujian kini dijalankan untuk memastikan pembedahan secara percuma itu tidak akan memberikan risiko kepada bayi berkenaan.


“Kita akan membuang kembar parasit berkenaan supaya bayi tersebut dapat membesar dengan normal,’’ kata Dr. Srinivasan, iaitu pakar kanak-kanak di hospital besar di Chennai.

Kembar parasit biasanya terhasil akibat kelewatan dalam pemisahan embrio semasa persenyawaan. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]lF2krvlALHw[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori