Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Kesan Pisau Bunuh...

JOHOR BAHRU ā€“ Polis sedang mengesan pisau yang digunakan untuk menikam mangsa dalam...

Ribut Petir Dijangka Berterusan...

KUALA LUMPUR - Ribut petir dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini di perairan...

11 Maut, 20 Cedera...

BANDARAYA MEXICO - Sebelas orang termasuk warga asing terbunuh manakala 20 lagi cedera...

K.Lumpur Maklumkan Jakarta Jerebu...

TAIPING - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan memaklumkan kepada negara jiran...

Kepala Dijumpai Di Jolo Sah Milik Bernard Then

PUTRAJAYA – Pihak berkuasa Filipina mengesahkan kepala yang dijumpai di Kepulauan Jolo di selatan negara itu adalah milik mangsa culik rakyat Malaysia, Bernard Then Ted Fen, susulan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya dimaklumkan secara lisan mengenai perkara itu baru-baru ini, dan masih lagi menunggu laporan bertulis daripada pihak berkuasa Filipina.

“DNA kepala yang dijumpai di Jolo sah sebagai padan dengan Bernard Then… saya ucap takziah kepada keluarga mendiang,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penerimaan anugerah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing di sini, pada Sabtu.

Khalid berkata, pihaknya akan mengambil semua langkah perlu termasuk mengekstradisi pihak bertanggungjawab ke negara ini untuk memastikan Then mendapat pembelaan.

Justeru, katanya Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Jabatan Peguam Negara bagi menyusun proses perundangan sewajarnya dengan secepat mungkin.

“Kita akan akan ambil segala langkah perlu untuk membawa mereka yang melakukannya kepada Bernard Then menghadapi undang-undang negara kita.


“Sekurang-kurangnya, (kita) nak ekstradisi dua orang tetapi untuk itu, kena melalui proses perundangan di Filipina,” katanya.

Pada 15 Disemberƃā€šĆ‚Ā lalu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki sebagai Then.

Then, yang berasal dari Sarawak, diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama-sama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50.

Tebusan wanita warga Malaysia itu kemudian selamat dibebaskan pada 8 November.

Namun Then, 39; dipenggal kepalanya di lokasi terpencil di Kepulauan Jolo pada 11 November lepas. Kepalanya dikatakan ditemui kira-kira seminggu kemudian. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]D4ob46tozNY[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori