Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pusat Transit Beri Harapan...

KUALA LUMPUR - Bagi gelandangan yang mahu dikenali sebagai Zali, 38, yang tidur...

Pemimpin Kanan PULO Antara...

PATTANI - Pemimpin kanan Pertubuhan Pembebasan Bersatu Pattani (PULO) Daud Maseng atau lebih...

Keluarga Teman Lelaki Bella...

BATU PAHAT : Keluarga kepada lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mayat...

Isu Kartel: 5 Syarikat...

KUALA LUMPUR : Lima syarikat pengisar makanan berkaitan bekalan ayam dikesan melanggar Seksyen...

Kerajaan Amal `Double Standard’ Halang Atlet Israel – Dyana Sofya

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Eksekutif DAPSY, Dyana Sofya Mohd. Daud menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan sikap pilih kasih dengan melarang dua atlet dari Israel menyertai satu pertandingan sukan di negara ini.

Kata beliau, kerajaan Malaysia sepatutnya mengenakan tindakan yang sama ke atas negara lain seperti Myanmar dan Sri Lanka kerana melakukan genosid terhadap umat Islam di negara itu.

“Kita tidak sepatutnya `double standard’ dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin menerusi laman Facebook beliau.

Dyana Sofya dalam nada provokasi turut menyatakan bahawa langkah tersebut bagi menghantar mesej jelas kepada pemimpin negara terbabit walaupun tidak adil kepada atlet mereka.

“Ini adalah pendirian peribadi saya,” katanya.

Pemimpin DAP sebelum ini mengutuk kerajaan Malaysia menyekat dua atlet Israel menyertai pertandingan luncur angin di Langkawi.


Parti yang mendominasi Pakatan Harapan itu dikecam teruk ramai pihak termasuk PAS yang menyifatkan tindakan DAP itu mengambarkan wajah sebenar parti itu ke atas agama Islam selama ini.

Sekutu DAP dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun mengambil pendirian membisu dalam isu tersebut.

Ramai pihak melihat sikap ditonjolkan PKR itu kerana tidak mahu dilihat sebagai anti-Israel atas sebab-sebab tertentu. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori