Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Dua Atlet Angkat Berat...

SEPANG - Belum pun reda kes doping membabitkan 'ikon' sukan negara, dua atlet...

SOP Ibadah Haji Dikemas...

PUTRAJAYA - Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji Malaysia akan dikemas kini dari...

50 Didakwa Tidak Patuh...

PETALING JAYA - Seramai 50 individu, termasuk sembilan mahasiswa dan beberapa penjawat awam...

Presiden PAS Wajar Saman...

KUALA LUMPUR - Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berpandangan...

Kerajaan Negeri Jamin Nasib Mangsa Banjir Terbela – Ahmad Razif

KEMAMAN – Kerajaan Negeri Terengganu memberi jaminan nasib dan kebajikan mangsa bencana banjir tidak akan diabaikan.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata walaupun negara kini mengalami krisis ekonomi, kerajaan negeri tetap mampu membantu dan membela kebajikan rakyat.

Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang rungutan dari mangsa banjir berhubung kekurangan bekalan makanan mahupun kemudahan yang disediakan di pusat bencana.

“Kita lihat mangsa banjir ini lebih bersedia untuk menghadapi bencana ini di mana sebelum ini ada antara mereka terpaksa berpindah sebanyak 12 kali selepas kediaman dinaiki air,” katanya ketika berucap sempena lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke daerah Kemaman.

Dalam lawatan tersebut Timbalan Perdana Menteri turut meluangkan masa melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Bencana Felda Seberang Tayor, di sini Khamis.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.


Tambah Ahmad Razif, tekanan yang dihadapi mangsa bukan sahaja ketika banjir bermula tetapi juga apabila air surut kerana banyak barangan rosak dan sebagainya.

Jelasnya bencana yang berlaku kali ini adalah di luar jangkaan namun kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan tetap memberi keutamaan bagi membela nasib rakyat.

“Banjir yang melanda ini di penghujung tahun dan banyak peruntukan dipindahkan kepada perkara lain, namun kita tetap memberi keutamaan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terbela,” jelasnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori