Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Annuar Gembira Dapat Beri...

KUALA LUMPUR - "Saya berterima kasih kerana berpeluang memberi penjelasan atas banyak salah...

Status Ibu Tidak Halang...

PETALING JAYA - Penyampai radio dan penyanyi Hunny Madu sedar keputusannya untuk memperjuangkan...

Tempat Awam Atau Hanya...

TOLONG perjelaskan balik dengan tepat berhubung pemakaian wajib topeng muka.Ikut kandungan yang dikeluarkan...

Hadoi… Trend Terbaru Gadis...

PERGH... Inilah trend terbaru gadis-gadis Melayu pada hari raya tahun ini, berdiri di...

Kes Bunuh Tapah: 2 Beranak Direman 21 Hari Lagi Untuk Siasatan

TAPAH – Mekanik dan anak lelakinya yang merupakan suspek utama kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang di sini, dibebaskan hari ini tetapi ditahan semula untuk siasatan lanjut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Goh Kok Liang berkata suspek berumur 57 tahun dan 20 tahun itu akan direman selama 21 hari mulai esok untuk disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 Pindaan 2012.

“Mereka akan direman esok selama 21 hari bagi menyiapkan siasatan bagi tujuan tindakan di bawah POCA (Akta Pencegahan Jenayah),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata suspek dibebaskan atas nasihat Ketua Unit Pendakwaan Perak Yusaini Amer Abdul Karim susulan laporan ahli kimia tidak dapat mengesan DNA mangsa daripada serpihan tulang serta barang-barang lain yang dihantar untuk dianalisis.

“KUP (Ketua Unit Pendakwaan) menasihatkan pihak polis supaya meneruskan siasatan. Polis akan meneruskan siasatan sewajarnya,” katanya.

Di Mahkamah Majistret Tapah, suspek yang berpakaian lokap dengan diiringi beberapa anggota polis dibebaskan kira-kira pukul 8.30 pagi ini susulan tempoh tahanan reman mereka sebelum ini berakhir hari ini.


Bagaimanapun, kedua-dua suspek ditahan semula dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas.

Dua lagi suspek iaitu isteri dan anak kepada mekanik itu yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan, dibebaskan tanpa syarat pada 2 Dis lepas setelah didapati mereka tiada kaitan dengan pembunuhan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori