Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Real Madrid Lengkapkan Rekod...

MADRID - Dua jaringan lewat Cristiano Ronaldo membantu kemenangan bergaya Real Madrid ke...

PH ‘Khianat’ Penurunan Bayaran...

KUALA LUMPUR - Majlis Permuafakatan NGO Felda (MPNF) menggesa pengurusan tertinggi Felda menarik...

5 Bekas Pelajar, 4...

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan memerintahkan lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA)...

#KelantanKamiDatang – Bantuan &...

Dilancarkan hanya di laman sosial, kempen #KelantanKamiDatang di Twitter merupakan misi membawa seberapa banyak bantuan yang...

Kes Bunuh Tapah: 2 Beranak Direman Lagi Hingga 5 Feb

IPOH – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman selama 38 hari lagi terhadap mekanik dan anak lelakinya dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah.

Perintah lanjutan tahanan reman bermula esok, terhadap dua beranak itu dikeluarkan Majistret Suhaima Mohd Noor di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Dua beranak itu sebelum ini ditahan reman selama 21 hari yang berakhir hari ini bagi membantu siasatan di bawah akta sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar memohon perlanjutan tahanan reman terhadap kedua-dua suspek berusia 57 tahun dan 20 tahun bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.

“Permohonan melanjutkan tempoh reman kedua-dua suspek adalah untuk melengkapkan kertas siasatan dan perbuatan yang dilakukan suspek telah mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada penduduk setempat,” kata Mohamad Suffian.


Dua beranak itu yang tiba di mahkamah dengan kereta polis pada 8.45 pagi dengan kawalan ketat polis sebelum dibawa ke lokap Balai Polis Tapah pada 10.53 pagi.

Pada 26 Okt lepas, polis menahan empat suspek di sebuah rumah di kawasan bengkel kenderaan di Jalan Pahang, Tapah pada pukul 1.30 tengah hari susulan laporan kehilangan mangsa lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pekebun dan ejen hartanah di Kampung Sungai Lah, Chenderiang dekat sini pada 25 Ogos lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori