Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pemimpin UMNO Tolak Kerjasama...

SHAH ALAM - Pemimpin UMNO pada Rabu menolak kerjasama antara parti itu dengan...

Harga RON97 Turun 10...

Harga runcit RON 97 turun 10 sen, manakala harga diesel dan petrol RON...

Kewajiban Asal Politik Islam...

KUALA LUMPUR - "Mengajak kepada kesatuan jamaah bukan bererti menolak perbezaan pendapat. Ia...

Angah Raja Lawak Tamatkan...

PELAWAK dan pelakon, Iskandar Shah Hashim atau lebih popular dengan panggilan Angah bakal...

Kes Demam Denggi Di Perlis Meningkat

KANGAR – Sebanyak 13 kes demam denggi dilaporkan di Perlis bagi minggu ke 47 tahun 2015 bermula 22 Nov hingga 28 Nov, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan lima kes berbanding angka kes minggu sebelumnya, sebanyak lapan kes yang didaftarkan.

Katanya secara kumulatif sehingga minggu ke 47 tahun ini, jumlah kes demam denggi/demam denggi berdarah di negeri ini adalah sebanyak 220 kes.

“Daripada jumlah tersebut, terdapat penurunan sebanyak 28 kes atau 21.29 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas sebanyak 248 kes,” katanya dalam kenyataan di sini Jumaat.

Dr Zaini berkata tiada kematian akibat demam denggi dilaporkan pada minggu berkenaan.

Katanya terdapat tiga kawasan wabak terkawal pada minggu itu di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis yang bermula 31 Okt dan tamat 27 Nov, manakala Taman Kemajuan 2, Utan Aji bermula 16 Nov dan berakhir 30 Nov.

Selain itu, ia melibatkan Rancangan Perumahan Awam (RPA) Kuala Perlis yang bermula 19 Nov dan tamat pada 3 Dis.


Beliau berkata terdapat dua kawasan wabak baharu dikesan pada minggu ke-47 itu di Pangsapuri Sena di sini, dan Taman Seri Tanjung, Kayang bermula 24 Nov dan dijangka tamat 9 Dis.

Dr Zaini berkata secara kumulatif hingga minggu ke-47/2015, terdapat 25 episod wabak dilaporkan, namun menurun lima kes berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu 30 kes dilaporkan.

Aktiviti kawalan dan pencegahan yang dijalankan pada minggu ke 47 melibatkan 779 aktiviti pemeriksaan tempat pembiakan aedes melibatkan 13 kawasan di seluruh negeri ini, katanya.

Beliau berkata hasil daripada pemeriksaan itu mendapati 22 premis positif pembiakan aedes ditemui, manakala enam kawasan mempunyai indeks pembiakan aedes yang tinggi dan berpotensi berlaku wabak demam denggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori