Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Haram Lafaz ‘Al Madad...

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang...

Ustaz Dicekup Liwat Pelajar...

KOTA BHARU – Seorang ustaz di sebuah sekolah agama di Tanah Merah dicekup...

PAU 2015: Mara Disaran...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) disaran agar memperuntukkan 30 peratus peluang...

BNM Naikkan OPR Sekali...

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia hari ini memutuskan...

Kes Tikam: 2 Penghantar Surat Didakwa Di Mahkamah

KUALA LUMPUR – Dua penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas didakwa berhubung kes tikam seorang petugas Astro Awani, Ahmad Hawari Zakaria, di sebuah pangsapuri di Setapak pada Jumaat lepas.

M. Tinesh, 20, dan M. Arvendran, 20, dituduh berada dalam rusuhan menggunakan senjata dengan tujuan mencederakan Ahmad Hawari, 33, di PV 20 Blok B22-3A Platinum Condo, Jalan Usahawan 2, Setapak pada 11.30 malam, 18 Dis lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Jazilah Mohd Yushaa tidak menawarkan sebarang jaminan kerana adanya peruntukan mengikut seksyen itu, yang tidak membenarkan jaminan.

Bagaimanapun, peguam Vincent Chew Zi Xian yang mewakili kedua-dua tertuduh, memohon jaminan diberikan atas alasan mereka masih bujang, bergaji rendah selain keluarga masing-masing sedia menjadi penjamin.

Majistret Husna Dzulkifly kemudian membenarkan Tinesh dan Arvendran masing-masing dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengenakan syarat tambahan iaitu mereka tidak boleh mengancam atau mengganggu mana-mana saksi daripada tampil memberi keterangan di mahkamah.


Mahkamah menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Ahmad Hawari, yang bertugas sebagai pengurus pentas di stesen televisyen itu, telah diserang dan ditikam di perutnya oleh seorang wanita.

Beliau masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan wanita itu dipercayai masih bebas.

Kejadian itu berlaku selepas mangsa dipercayai berselisih faham dengan sekumpulan lelaki di hadapan dua pengawal keselamatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori