Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kaedah Terbaik Bangunkan Kampung...

KUALA LUMPUR - Sejak Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengumumkan tawaran baharu...

Malaysia, AS Meterai Kerjasama...

WASHINGTON DC - Malaysia dan Amerika Syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi merintis...

Jerebu: Golongan Nelayan Bimbang...

GEORGE TOWN - Jerebu yang melanda negeri ini memberi kesan kepada pendapatan nelayan...

2 Maut, 2 Kereta...

BERLIN - Sekurang-kurangnya dua terbunuh, manakala beberapa lagi mangsa cedera selepas dua kereta...

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom Dilantik Pegawai Pembangunan Negeri

LAHAD DATU – Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Ruji Ubi dilantik sebagai Pegawai Pembangunan Negeri Sabah berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Datuk Matusin Sunsang yang bersara wajib awal bulan ini dan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom pula diambil alih Pengarah Imigresen Sabah Nor Alam Khan.

Menurut kenyataan ESSCom hari ini, Ruji menerima surat pelantikan dari Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa untuk jawatan baharu itu pada 15 Dis (Selasa).

Ruji, 45, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (B.A Hons) dari Universiti Malaya pada 1995 dan Ijazah Sarjana Pengajian Antarabangsa (Peace & Conflict Resolutions) dari Universiti Queensland, Brisbane, Australia pada 2010.

Ruji pernah berkhidmat di pelbagai kementerian, antaranya sebagai Penolong Pengarah di Kementerian Dalam Negeri (Jan 1996 hingga Jan 1997), Penolong Setiausaha di Kementerian Kewangan Malaysia (Nov 1998 hingga Ogos 2001), Penolong Setiausaha di Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Sept 2001 hingga Mac 2004) dan Penolong Setiausaha Kanan di Unit Perancang Ekonomi JPM (April 2004 hingga Feb 2006).


Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Pengajian Tinggi (Feb 2006 hingga Feb 2008), Ketua Penolong Setiausaha Kanan di Kementerian Pertanian Malaysia (Mac 2008 hingga Mac 2009) dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen (PTTK) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) (April hingga Julai 2009).

Jawatan terakhir beliau sebelum dilantik Ketua Pegawai Eksekutif ESSCom ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah (Dis 2010 hingga Ogos 2014).

ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu, awal tahun sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori