Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dari Penjual Pau Ke...

KUALA LUMPUR - Bermula dengan pengalaman menjual pau yang dihasilkan keluarganya di Tanjung...

Sheila Banyak Bantu, Kayda...

NAMA Kayda Aziz mungkin masih baru lagi dalam dunia lakonan kerana anak Ratu...

Mangsa Banjir Di Melaka,...

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di...

Pengurusan Air Di Sabah...

KOTA KINABALU - Pengurusan kawal selia air di Sabah 'kurang memuaskan', menurut Laporan...

Kilang Plastik Terbakar, Operasi Memadam Masih Berjalan Selepas 11 Jam

JOHOR BAHRU – Kebakaran di sebuah kilang plastik di Jalan Sungai Tiram, Ulu Tiram, dekat sini, yang bermula kira-kira 2.35 pagi tadi masih berterusan sehingga 1.42 tengah hari ini, iaitu selama 11 jam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Johor Jaya Tahrin Saat berkata, bagaimanapun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata sehingga kini pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat masih menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran di kilang berstruktur kekal dan berkeluasan 300×300 itu.

“Kebakaran mungkin mengambil masa yang panjang kerana membabitkan kilang yang memproses dan menyimpan plastik,” katanya.


Tahrin, selaku komander operasi itu, berkata operasi memadam kebakaran melibatkan tiga jentera bomba dan 30 pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Kota Tinggi dan Johor Baharu.

Punca dan anggaran kerugian sedang disiasat, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]f5p7QajUAwA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori