SEBUT sahaja mihun atau bihun, pasti ramai yang tahu. Di Malaysia, makanan ini merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran ramai, sesuai dihidang sebagai sarapan pagi ataupun minum petang.
Namun, di Dongguan, China baru-baru ini, tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan bagaimana mihun ini diproses sebelum dijual kepada pengguna.
Gambar yang diambil menunjukkan betapa para pekerja di sana tidak menjaga kebersihan yang sememangnya penting terutama dalam memproses barang makanan.
Mi yang berselerak di atas lantai dipijak-pijak oleh pekerja di sana. Lebih menggelikan tekak apabila ada juga pekerja yang tidur lena di atas longgokan mi berkenaan.
Baca: Menjijikkan! Kilang Kotor Asam Jawa Ditutup Serta-Merta
Juga: Gambar Kilang Fu Chok Kotor Berlendir, Didakwa Di Penang
Lagi: Menjijikkan.. Kilang Bebola Ikan Penuh Najis Tikus!
Cuba bayangkan, mi yang dibiar atas lantai ini dihinggap oleh sang semut, tikus dan beberapa serangga pembawa kuman lain?
Pihak kilang sepatutnya menjadi peka terhadap isu kebersihan kerana mi ini akan dibungkus dan dijual kepada pengguna.
Apapun, harapnya pihak berkuasa di China akan melakukan penyiasatan dan menghukum tuan empunya kilang ini.
Harap-harap kilang yang memproses mihun di Malaysia tidak sebegini. – Sumber: World Of Buzz