Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

COVID-19: SOP PRK Chini...

KUALA LUMPUR - Garis panduan yang diguna pakai semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Zizan Razak Sedia Jadi...

KEHANGATAN Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) yang menjadi medan penentu karya mana bakal dinobatkan antara...

Pemerkasaan Undang-Undang Syariah Agenda...

KUALA LUMPUR - Pemerkasaan perundangan dan institusi Mahkamah Syariah antara agenda yang turut...

Mesyuarat Negara Arab Bincang...

RIYADH : Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud mempengerusikan...

Ubat Elak Stres Lepas Bersalin, Kim K Makan Uri Sendiri!

UMUM mengetahui Kim Kardashian dan suaminya Kanye West baharu sahaja menyambut kelahiran anak kedua, Saint West pada 5 Disember lalu. Walaupun menjadi tumpuan peminat seluruh dunia namun pasangan romantik ini belum lagi mendedahkan wajah terbaharu bayi lelaki mereka itu.

Baca: Kim K, Kanye West Timang Cahaya Mata Kedua

Juga: Kim Kardashian dan kanye West Umum Nama Anak

Kisah kehidupan Kim, 35, sememangnya banyak menjadi tumpuan peminatnya dan terbaharu, selebriti yang terkenal menerusi rancangan bersiri Keeping Up With The Kardashians itu mendedahkan, rahsia tubuhnya kekal sihat dan bertenaga selain cara terbaik untuknya mengelakkan stres selepas bersalin adalah memakan urinya sendiri.

Semestinya pendedahan ini merupakan sesuatu yang menjijikkan buat kebanyakan kita, namun inilah cara Kim yang mengakui, telah mengamalkan amalan ini selepas melahirkan anaknya yang pertama, North West lagi.

Kim mendedahkan, uri yang dimakannya bukanlah masih ‘mentah’ atau digoreng sebelum dijamah namun dihasilkan dalam bentuk kapsul.

Dedahnya, amalan tersebut turut dilakukan beberapa selebriti Hollywood lain antaranya January Jones dan Kim Zolciak.


Kim juga menegaskan, sekiranya uri tidak mendatangkan kebaikan sudah pasti dia tidak akan memakannya namun amalan itu ternyata berkesan untuk kesihatannya.
– Sumber: Agensi/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=kIEm-qkhxTo]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori