Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kes Denggi Di Kedah...

ALOR SETAR - Kes demam denggi di Kedah mencatat penurunan sebanyak 7.3 peratus...

Penduduk Uighur Turki Fail...

ANKARA: Seramai 19 individu dari sebuah kumpulan etnik Uighur Islam di Turki memfailkan...

‘Bot Klon’ Guna Bendera...

KUALA TERENGGANU - Taktik empat bot klon nelayan asing menggunakan bendera Kelantan untuk...

Rosyam Nor Maafkan Kedai...

(Petikan Harian Metro)Kuala Lumpur: Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat...

Kira-Kira 95% Lori Diperiksa Lakukan Pelbagai Kesalahan

PUTRAJAYA – Kira-kira 95 peratus daripada 3,145 kenderaan berat yang diperiksa dalam Operasi Kesejahteraan Rakyat di tiga negeri baru-baru ini didapati melakukan pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan.

Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk V.Valluvan Veloo berkata 3,011 saman dan notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu JPJ itu bersama empat agensi penguatkuasaan di Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur pada 8 hingga 12 Disember.

“Ada juga pemandu kenderaan berat yang dikesan tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam sidang media mengenai Operasi Kesejahteraan Rakyat itu di ibu pejabat JPJ di sini hari ini.

Operasi yang melibatkan 161 anggota JPJ dan empat agensi penguat kuasa lain ialah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya.

Valluvan berkata lori lebih muatan merupakan ancaman kerana menjadi punca kerosakan yang berlaku di jalan raya, serta mendedahkan lori lebih muatan yang paling banyak dikesan ialah lori yang membawa pasir, konkrit dan balak.

“Jalan raya kita ada spesifikasi tertentu dan pengusaha lori diberi had muatan. Perangkaan dalam tempoh 10 tahun menunjukkan kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak.


“Perangkaan turut menunjukkan daripada 7,000 kemalangan yang berlaku dalam negara setiap tahun, 25 peratus adalah disebabkan oleh lori lebih muatan,” katanya.

Valluvan berkata 14 pengendali tonto turut ditahan dalam operasi yang sama kerana mengganggu agensi penguat kuasa menjalankan tugas.

Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 234 Akta Pengangkutan Awam Darat 2012 kerana menghalang penguat kuasa menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM200,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, katanya.

Valluvan berkata operasi itu akan diteruskan bagi menangani masalah lori lebih muatan terutamanya di kawasan Lembah Klang. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Ce0mP0jyZLs[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • JPJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori