Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekas Ratu Cantik Hilang...

Bekas ratu cantik Ukraine 2013, Anna Zaiachkivska yang dilaporkan hilang oleh suaminya yang...

PRK Seri Setia: Konflik...

PETALING JAYA - Konflik dalaman antara pemimpin tertinggi PKR menjelang pemilihan parti tahun...

Agong Sampaikan Watikah Pelantikan...

MELAKA - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan menyampaikan watikah...

4 Gadis Berhijab Memukau...

ASIA'S Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan...

Kita Terlalu Banyak Buang Masa Untuk Isu Bodoh – Khairy

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, hari ini memuat naik gambar selfienya berlatar belakangkan deretan perumahan yang menjadi kontroversi berhubung isu rekaan simbol salib pada bumbung rumah di Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Khairy menyifatkan rakyat Malaysia suka membuang terlalu banyak masa terhadap isu-isu bodoh.

Untitled

Rumah2 yang ada “salib” di Langkawi. Sekarang sudah dicat semula selepas kekocohan yang timbul. Kita banyak sangat membazir masa untuk isu-isu bodoh,” tulisnya.

Difahamkan, beliau kini berada di Langkawi bagi menghadiri acara Kejohanan Layar Remaja Dunia Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF).

Sejak minggu lepas, gambar bumbung perumahan yang kelihatan seakan-akan simbol salib ini telah menjadi viral dan bualan hangat di media sosial.


Berikutan itu, Kerajaan Negeri Kedah telah menggesa pemaju syarikat perumahan tersebut memperbetulkan semula struktur binaan yang kelihatan seperti simbol salib itu bagi mengelakkan isu menjadi berlarutan.

“Saya dimaklumkan perkara terbabit tidak disengajakan syarikat pemaju dan mereka berjanji untuk melakukan kerja mengecat secepat mungkin.

“Saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan kerana ia adalah sensitif jadi penyelesaian kadar segera amat diperlukan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan Kedah, Perumahan, Datuk Tajul Urus Mat Zain. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=I__-yUc_Bao]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori