Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Terlalu Mesra, Peminat Suruh...

PENGARAH Micheal Ang meneruskan sentuhan 'magisnya' dalam drama bersiri Ti Amor Sweetheart 100 Hari yang menggandingkan...

WHO Puji Malaysia Dalam...

KUALA LUMPUR - Keupayaan besar Malaysia dalam kesiapsiagaan dan tindak balas mendepani wabak membantu...

FINA 2018: Nur Dhabitah...

KUALA LUMPUR - Penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri sekadar berakhir di tangga...

Pulau Peranginan Di Terengganu...

MARANG - Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas sesak apabila menerima kehadiran...

K’jaan Campur Tangan Untuk Tangani Kenaikan Harga Rumah Keterlaluan

KUCHING – Kerajaan mengamalkan dasar campur tangan pasaran dalam keadaan tertentu khusus bagi menangani dan mengawal kenaikan harga rumah yang keterlaluan, persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak diberitahu hari ini.

Menteri Muda Perumahan negeri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata harga rumah ditentukan oleh kuasa pasaran yang turut dipengaruhi oleh banyak faktor seperti harga tanah, kos bahan mentah, tenaga kerja dan penawaran.

Katanya dalam usaha memastikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah, kerajaan melaksanakan langkah-langkah pentadbiran bagi menetapkan harga siling rumah.

“Siling harga rumah kos rendah ditetapkan pada RM50,400 bagi unit tengah dan RM59,220 bagi unit tepi, manakala bagi rumah kos sederhana rendah harganya ditetapkan pada RM80,000 bagi unit tengah dan RM100,000 bagi unit tepi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalah Ripin Lamat (BN-Lambir)yang ingin tahu rancangan serta tindakan kerajaan dalam menangani dan mengawal kenaikan harga rumah.

Abdul Karim berkata langkah berikutnya adalah meningkatkan bekalan rumah melalui pelaksanaan projek dan program perumahan awam termasuk dengan penyertaan sektor swasta, antaranya seperti Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR), Program Perumahan Rakyat (PPR), Skim Rumah Mampu Milik (RMM), Skim PR1MA, Skim MyHome dan Program Perumahan Penjawat Awam (PPA1M).


Beliau berkata program dan skim itu menawarkan harga rumah di bawah harga pasaran melalui subsidi harga atau kos oleh kerajaan.

Katanya di samping itu juga kerajaan mengggalakkan penggunaan Industralised Building system (IBS) dalam pembinaan rumah yang dapat mengurangkan kos pembinaan projek perumahan awam.

“Institusi kewangan pula dilarang menyediakan pembiayaan bagi projek yang terlibat dengan Developer Interest Bearing Scheme (DIBS). Pemaju perumahan dilarang melaksanakan projek yang berciri DIBS itu bagi mengelak pemaju memasukkan tanggungan kadar faedah pinjaman pembeli semasa tempoh pembinaan ke dalam harga rumah,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori