Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bakar Rambut Jadi Kaedah...

HANYA yang `hati kering’ sahaja akan berani mengunjungi salon ini. Ia kerana Kaizo...

Bapa Irma Hasmie Meninggal...

TAKZIAH diucapkan kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie atas kehilangan bapa tercinta Ibrahim Othman...

Individu Ajar, Beri Syarahan...

Kerajaan negeri hari ini mengingatkan individu yang mengajar dan memberi syarahan agama Islam...

Wardar Penjara Tewas Digoda,...

Cuiaba, Brazil - Seramai 28 banduan meloloskan diri dari penjara Nova Mutum selepas...

Klinik Berhenti Merokok Di 84 Klinik Kesihatan Di Pahang

KUANTAN – Jabatan Kesihatan Pahang menyasarkan kesemua 84 Klinik Kesihatan di negeri ini mempunyai Klinik Berhenti Merokok mulai Januari tahun depan.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata sehingga kini 47 klinik kesihatan di negeri ini dilengkapi kemudahan klinik khas itu.

Katanya untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini, klinik khas itu membantu 21 daripada 353 individu yang berdaftar untuk meninggalkan tabiat merokok manakala pada 2014, 20 daripada 554 pengguna perkhidmatan klinik berkenaan berjaya berhenti merokok.

“Kaedah rawatan yang digunakan adalah gabungan penggunaan ubatan dan kaunseling yang didapati berkesan bagi mengekalkan pelanggan meneruskan rawatan,” katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.


Dr Zainal Ariffin memaklumkan Klinik Berhenti Merokok turut disediakan di lima hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Pekan, Hospital Raub dan Hospital Kuala Lipis.

Katanya perkhidmatan di hospital berkenaan hanya khusus untuk pesakit yang dimasukkan ke wad dan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini telah berjaya membantu 45.7 peratus daripada 75 orang yang dirawat untuk berhenti merokok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori