KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memberi tambang diskaun sebanyak 50 peratus untuk kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 6 tahun mulai 2 Disember lepas.
KTMB dalam satu kenyataan Khamis berkata tambang diskaun 50 peratus itu turut diperluaskan kepada golongan pelajar sekolah rendah, menengah dan Institusi Pengajian Tinggi.
Dalam kenyataan itu, KTMB turut memaklumkan tambang bagi kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah adalah percuma.
KTMB berkata orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB 1300-88-5862 atau melayari laman twitter @ktmkomuter. – BERNAMA