Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Rekod Pedofilia Sertai...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelajaran menafikan pedofil British, Richard Huckle, 30 sebagai salah seorang...

Jokowi Jelajah Kampung Tunggang...

SUKABUMI - Jelajah bermotosikal Presiden Indonesia, Joko Widodo dengan menunggang chopper menarik perhatian...

Kes Selesai, Rafizi Mohon...

KUALA LUMPUR - Kes saman fitnah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk...

Ibu Bapa Tidak Perlu...

BESUT - Ibu bapa yang dianugerahi anak istimewa tidak perlu kecewa dengan kekurangan...

Kylie Jenner Akui Lebih Suka Caitlyn Berbanding Bruce

SEMESTINYA sukar untuk seorang anak melihat transformasi luar biasa yang dilakukan ayahnya apabila insan tersebut bertukar menjadi seorang ‘wanita’.

Namun bagi Kylie Jenner, dia sama sekali tidak berasa kekok dengan transformasi yang dilakukan oleh bapanya, Bruce Jenner.

Malah akuinya, sejak Bruce berubah menjadi seorang wanita, hubungan nyata lebih akrab dan mereka bebas berkongsi pendapat dalam pelbagai perkara.

Kylie yang ditemubual oleh Ellen D’Generes mengakui, hidupnya kini lebih ceria apabila mempunyai seorang ‘bapa’ yang boleh berkongsi bukan sekadar topik perbualan biasa, malahan berbual mengenai mekap dan tatarias, baju terbaru dan segala yang menjurus ke arah keperibadian dan kecantikan.

Dia turut mendedahkan, pernah melihat bapanya berkelakuan pelik dengan menyarungkan pakaian wanita sewaktu berusia 6 hingga 7 tahun namun tidak mengendahkannya dan mereka sekeluarga tidak pernah bercakap mengenai perkara tersebut.


Tambahnya, dia berasa gembira melihat kehidupan ‘bapanya’ yang kini lebih ceria. Sebagai seorang anak, dia berbangga dengan keberanian Bruce dan akan terus menyokong apa sahaja pilihan yang dilakukan untuk kehidupannya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: SyafikJalil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori