MUNGKIN adik bongsu keluarga Kardashian-Jenner, Kylie Jenner boleh menjadi pelapis kakaknya, Kim Kardashian dalam melakukan sesi photoshoot ekstrem.
Jika sebelum ini, Kim tidak segan silu bergambar bogel untuk pelbagai keluaran majalah, kini tiba giliran Kylie yang sudah mula berani menayangkan punggung dalam keluaran terbaharu majalah Interview.
Dilahirkan dalam keluarga terkenal, Kylie mengakui jika boleh dia tidak mahu membesar dalam persekitaran tersebut kerana dia telah kehilangan zaman kanak-kanak normal seperti mana yang dilalui gadis seusianya.
Walaupun begitu, dia juga bersyukur dilahirkan dalam keluarga popular kerana sudah banyak kejayaan yang dikecapi jika dibandingkan dengan wanita seusianya.
Kylie merupakan anak bongsu kepada Bruce/Caitlyn Jenner dan Kris Jenner.
– MYNEWSHUB.CC