KES tidak faham ‘bahasa’ serta tak ambil peduli dengan peraturan larangan bawa haiwan peliharaan ke pasar raya nampaknya semakin menjadi-jadi di penghujung 2015 ini.
Bukannya kami bersifat rasis, tetapi sejak akhir-akhir ini begitu banyak kejadian seperti ini dilaporkan dan pelakunya sering ‘didominasi’ oleh bangsa ini.
Terbaharu, menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik laman Facebook Aduan Rakyat Kedah, seorang wanita Cina dikesan membawa anjing peliharaannya di Aeon Big Alor Setar.
“Kami menerima aduan dari salah seorang rakyat Prihatin mengenai pengunjung di AEON Big yang membawa haiwan perliharaan iaitu seekor Anjing ke AEON Big Alor Setar dengan menggunakan Troli AEON Big.
Kami memohon pihak berkenaan bertindak untuk melakukan SERTU ke atas troli yang berkaitan agar umat Islam dapat menggunakannya tanpa was-was.
Kami berharap agar tuan puan tidak membawa sebarang haiwan perliharaan terutamanya anjing ke mana-mana shopping complex bagi mengelakkan sensitiviti agama.”
Bagi yang tak tahu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telahpun mengeluarkan garis panduan bagi larangan membawa binatang peliharaan ke pusat beli belah di negara ini.
Peraturan yang dikeluarkan bukan sahaja dikenakan terhadap anjing, malah haiwan-haiwan peliharaan lain seperti kucing juga tidak dibenarkan dibawa ke pusat beli belah.
Persoalannya di sini, mengapakan hanya golongan ini sahaja yang dilihat terlalu ‘degil’ berbanding bangsa lain? – MYNEWSHUB.CC