Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

190 Anggota, Pegawai Polis...

KUALA LUMPUR - Seramai 190 anggota dan pegawai polis termasuk enam daripadanya berpangkat...

3 Cara Nak Elak...

Putus cinta bukan alasan untuk terus murung dan jatuh ke tahap yang lebih...

Sanjeevan Dibebas Tuduhan Memeras...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) Datuk R. Sri Sanjeevan...

Tiada Lokasi Baharu Positif...

KUALA LUMPUR - Tiada lokasi baharu disahkan positif penyakit selesema burung (H5N1) di...

Orang Lain Bunuh Diri, Orang Lain Pula Yang Mati

MADRID – Seorang lelaki berusia 81 tahun mati selepas dihempap oleh seorang wanita yang terjun dari tingkat tujuh sebuah bangunan kerana cuba membunuh diri.

Lelaki Sepanyol warga emas itu duduk di atas bangku bersama isterinya apabila wanita berusia 48 tahun berkenaan terjatuh dan terus menghempap ke atas dirinya.

Kejadian pelik itu dilaporkan berlaku pada Rabu lalu di bandar peranginan terkenal Alicante dekat sini.

Menurut akhbar tempatan El Mundo, wanita yang berdepan dengan tekanan hidup itu dibawa ke sebuah hospital di San Juan dengan kecederaan teruk.

Bagaimanapun, dia dilaporkan stabil manakala isteri lelaki tersebut yang berusia 85 tahun juga dimasukkan ke hospital yang sama kerana terkejut.

Pada 2013 lalu, seorang lelaki di Korea Selatan terjun dari tingkat 11 sebuah bangunan di Seoul dan menghempap seorang kanak-kanak berusia lima tahun.


Lelaki tersebut namun mati di tempat kejadian sementara kanak-kanak berkenaan akhirnya meninggal dunia beberapa hari selepas itu akibat mengalami kecederaan otak.

Insiden sama pernah berlaku di Melaka, Malaysia apabila seorang pelajar universiti maut dilenyek seorang lelaki yang mati bunuh diri terjun dari tingkat 19 sebuah hotel.

Kejadian pada 13 November lalu menyebabkan mangsa berusia 19 tahun terbunuh ketika berada dalam sebuah kereta dihempap lelaki berumur 43 tahun itu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori