Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Anggota Polis Maut Kereta...

BATU PAHAT - Seorang anggota polis maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan...

Sedih…Makcik Tua Minta Tudung...

Sebak rasanya membaca perkongsian Raja Shamri menerusi akaun Facebooknya mengenai seorang makcik tua...

Malaysia Ambil Iktibar Kekalahan...

KOTA TINGGI — Malaysia mengambil iktibar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memihak...

Najib Dan Adenan Lakukan...

KUCHING - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan tinjauan mesra di...

Enggan Jual Tiket Pada Israel, Laluan Kuwait Airways Disekat

WASHINGTON DC – Kuwait Airways terpaksa membatalkan khidmat penerbangan antara New York dan London Heathrow setelah pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengenakan tindakan undang-undang perjalanan udara.

Ini berlaku selepas syarikat penerbangan Asia Barat yang ditubuhkan sejak 1954 itu didapati masih lagi berkeras enggan menjual tiketnya kepada rakyat Israel antara dua destinasi popular merentasi Lautan Atlantik tersebut.

Jabatan Pengangkutan AS atau DoT, dalam bulan September lalu menghantar surat amaran itu kepada syarikat penerbangan berkenaan, sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai boleh mencetuskan diskriminasi politik.

DoT mengesahkan kepada agensi berita antarabangsa AFP, bahawa syarikat penerbangan milik kerajaan Kuwait, memaklumkan pihak berkuasa AS, bahawa ia akan menghapuskan khidmat penerbangan di kedua-dua laluan itu.

Baca: Dajal Moden Yahudi Tangan Ghaib Media Barat

Juga: Protokol 12 Cara Media Zionis Hancurkan Malaysia

Isu itu mulanya dibangkitkan Senator Richard Blumenthal dan lima lagi senator AS lain pada Mei lalu kepada DoT susulan aduan daripada warga Israel sejak 2013 yang mendakwa dilarang membeli tiket atas faktor kerakyatan.


Usaha untuk menempah penerbangan dengan Kuwait Airways melalui laman web rasmi syarikat itu dengan menggunakan pasport Israel, lazimnya akan menunjukan seolah-olah berlaku kesilapan pesanan secara teknikal.

Ia terjadi setelah sistem tempahan Kuwait Airways secara automatik memutuskan untuk tidak menjual apa-apa tiket penerbangan kepada warga Israel selaras dengan perlembagaan negara kaya minyak di Teluk Parsi itu.

Dalam maklum balas kepada pihak berkuasa AS, syarikat penerbangan itu menjelaskan bahawa ia mematuhi undang-undang Kuwait yang melarang keras semua hubungan komersial dengan penduduk Israel atau rakyatnya.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori