LATIHAN kecemasan yang dijalankan di sebuah universiti di Kenya tanpa sebarang notis telah mengakibatkan seorang kakitangan universiti itu maut selepas berlaku rempuhan akibat panik.
Ia mengakibatkan pelajar di Universiti Strathmore itu yang berada dalam ketakutan cuba keluar dari bangunan kerana menyangka mereka diserang.
Latihan itu juga mengakibatkan berpuluh yang lain cedera dan terpaksa dirawat di hospital.
Salah seorang tutor di universiti berkenaan berkata, pelajar yang tidak dimaklumkan mengenai latihan keselamatan itu menjadi panik dan takut kerana menyangka mereka diserang oleh militan al Shabaab.
“Saya mendengar bunyi dua das tembakan…..semua orang mula melarikan diri. Saya mengambil barang yang sempat dicapai,’’ katanya.
Salah satu bandar di Kenya, Nairobi sebelum ini diarah bersiap sedia bagi berdepan dengan serangan daripada al Shabaab.
Kumpulan itu pernah menyerang Universiti Garissa pada bulan April lalu hingga menyebabkan 147 orang terkorban. – Mynewshub.cc
[wpdevart_youtube]VTsYmpjYEyM[/wpdevart_youtube]
[wpdevart_youtube]9mtOVhcRyps[/wpdevart_youtube]