Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Individu Cederakan Adib Perlu...

PORT DICKSON - Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu individu...

MARA Diberi Tempoh 7...

IPOH - Pihak pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) diberikan tempoh selama tujuh hari...

Tawar RM4.42 Juta Untuk...

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah...

Lelaki Lari Pakai Kasut...

HANYA pada Ahad lalu lelaki yang memakai kasut tumit tinggi milik wanita tidak...

Lebih Banyak Zon Larangan Merokok Sedang Diteliti

KUALA LUMPUR – Lebih banyak kawasan Zon Larangan Merokok kini sedang diteliti Kementerian Kesihatan sebelum diwartakan kelak, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknyasedang berbincang dengan agensi serta badan-badan bukan kerajaan mengenai perkara tersebut.

“Perancangan bagi menambah dan meluaskan zon ini sejajar dengan Artikel 8, perjanjian WHO Framework Convention for Tobacco Control (FCTC) iaitu untuk melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok.

“Perancangan ini telah dimasukkan ke dalam Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau yang telah menyasarkan Malaysia sebagai sebuah negara dengan generasi yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2045,” katanya.


Dr Hilmi menjawab soalan Senator Datuk Khairudin Samad tentang usaha kementerian dalam memastikan peluasan zon larangan merokok di seluruh negara tercapai tanpa mengundang tanggapan buruk masyarakat.

Beliau berkata kementerian juga menggalakkan tempat-tempat awam menyertai program bebas asap rokok di bawah Blue Ribbon Campaign serta Program Bandar Bebas Asap Rokok. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]s2kkuAFrEug[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori