Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aliran Trafik Meningkat Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan meningkat dan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR ā€“ Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan...

Program Myberas Beri Manfaat...

KUALA LUMPUR - Program MyBeras yang bakal dilaksanakan bermula Mac depan akan memberi...

Penyanyi Rock, Awie Dapat...

TAHNIAH... Penyanyi rock vokalis kumpulan Wings dan pelakon terkenal, AwieĀ dikurniakan Darjah Indera Mahkota...

Lelaki Maut Kereta Terhumban Dari Jambatan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki maut selepas PROTON Iswara dipandunya terbabas sebelum terhumban ke tebing sungai dari sebuah jambatan di Jalan Tuaran By Pass dekat sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.50 malam itu, Irwan Samsul, 31, dari Kampung Luyang, Bukit Padang di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Penumpang kenderaan itu, Muhammad Irfan Daniel Abdullah, 3, cedera ringan dan dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Inanam menghala ke Tuaran sebelum dikatakan hilang kawalan.

Katanya, kenderaan itu kemudian terbabas di tepi sebelah kiri jalan di Jambatan Rampayan lalu terhumban ke tebing sungai.


“Berikutan kejadian itu pemandu kenderaan terbabit cedera parah di kepala akibat tersepit dan pemeriksaan dari pihak ambulans Hospital Likas mendapati mangsa meninggal dunia.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, sebentar tadi. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]sAsfAHC1qf0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori