BERLIN: Seorang lelaki berusia 29 tahun terbunuh apabila terkena serpihan logam yang terpelanting ke kepalanya. Peristiwa malang di Schoeppingen, Jerman itu berlaku apabila mangsa dan dua rakannya meletupkan sebuah mesin layan diri menjual kondom.
Mangsa dan dua rakannya itu dilaporkan sedang dalam cubaan untuk mencuri wang yang terdapat di dalam mesin berkenaan ketika ianya meletup.
Mangsa dikatakan cuba menyelamatkan diri ketika letupan berlaku namun serpihan logam mesin tersebut terkena pada kepalanya.
Dua rakannya segera mengejarkannya ke hospital dan melaporkan kepada pihak perubatan bahawa mangsa cedera selepas terjatuh dari tangga.
Curiga dengan keadaan mangsa dan kenyataan suspek, pihak hospital membuat laporan polis. Kedua rakan mangsa kemudian disoal siasat hingga terbongkar punca sebenar kejadian.
Mereka akhirnya mengaku bahawa mangsa maut ketika mereka dalam cubaan mencuri wang yang terdapat dalam mesin kondom. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Metro UK
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=UreNbYm0FVU&w=560&h=315]